Kerja YB Bukan Sekadar Bagi Sekampit Beras, Pak Cik!

Susah kerja kita sebenarnya. Orang tak faham apa kerja ADUN dengan Ahli Parlimen.

Mak cik pak cik yang sibuk pakai baju parti percuma tu pun tak faham kerja sebenar wakil yang nak dipilih 9 Mei nanti. Budak-budak pacak bendera pun tak tahu.

Mereka ni ingat kerja mutlak YB ni pergi agih beras sekampit tiap rumah, ada pergi pasar malam bersalam dengan rakyat tiap minggu, selalu buat rumah terbuka, pergi berborak ke rumah-rumah kampung dan tanda tangan borang sokongan.

Yang lagi parah, budak-budak dengan pak cik mak cik yang mengekor belakang YB, sibuk angkat calon sebab nak dapat jawatan dalam parti, sebab nanti nak dapat banyak tips buat duit tepi, tak pun geng kontraktor nak dapat projek.

Orang kampung tak faham, kerja YB buat polisi bagus-bagus untuk negeri dan negara.

Kalau polisi bagus, tak payah dah mengharap YB datang ke rumah bagi sekampit beras, masalah selesai apabila YB sebagai pembuat polisi bijak luluskan polisi mengatasi masalah kemiskinan.

Bodohlah kita, masih mengundi (bakal) YB yang buat kerja untuk ahli parti dan kroni dia sahaja. Bodohlah kita, undi calon sebab kita kenal dan selalu nampak muka dekat pasar malam.

Kita perlukan pemimpin yang reti urus tadbir rakyat. Bukan setakat yang pandai tunjuk muka sepanjang 5 tahun.

Kawan-kawan tolong ceramahkan adik kakak, mak ayah kita di kampung. Bagi tahu peranan sebenar YB.

Bagi tahu, politik tunjuk muka dan politik turun padang ni terkesan kepada yang bertemu muka dengan YB sahaja, tapi politik turun ke DUN dan Parlimen ni lebih mesra rakyat kerana seluruh rakyat akan terkesan.

Bukan kerja YB wajib datang kenduri kahwin dan angkat keranda bila ada orang mati.

Hafiz Hafifi Hassan



Sumber Kerja YB Bukan Sekadar Bagi Sekampit Beras, Pak Cik!

Post a Comment

Previous Post Next Post