Kita yang berkhidmat ini adalah hamba kepada rakyat - TMJ

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu yang akan berkhidmat untuk negeri Johor.

Dalam kenyataan rasminya hari ini, beliau mengingatkan agar kerajaan baru sentiasa mementingkan hak dan kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Kami semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat.

“Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan anda semua yang berkhidmat kepada kerajaan DYMM Sultan Johor,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pakatan Harapan (PH) merampas Johor dari Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala BN pula memenangi 16 kerusi manakala Pas cuma mendapat satu kerusi DUN di Johor.



Sumber Kita yang berkhidmat ini adalah hamba kepada rakyat - TMJ

Post a Comment

Previous Post Next Post