Liverpool menempah slot ke final untuk bertemu juara bertahan, Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik kekalahan 4-2 kepada Roma di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Itali dengan kemenangan 5-2 dalam aksi di Anfield, menyaksikan lawan mereka meraih dua gol di tempat lawan.
Bagaimanapun, di awal permainan, kesilapan Radja Nainggolan ketika melakukan hantaran pada minit kesembilan dihukum Sadio Mane untuk membuka jaringan.Jaringan sendiri James Milner bagaimanapun tidak menggugat permainan Liverpool selepas mereka kembali mengetuai permainan menerusi jaringan Georginio Wijnaldum pada minit ke-25.
Selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, Edin Dzeko hanya memerlukan tujuh minit untuk menyamakan kedudukan.
Dua gol daripada Nainggolan menyaksikan Roma mendahului permainan 4-2 bagaimanapun kebangkitan yang dilakukan oleh skuad Eusebio Di Francesco ketika berdepan Barcelona gagal diulangi bagi membawa mereka ke final.
Di sebalik kekalahan, kelebihan jaringan menerusi agregat (7-6) membawa Liverpool dalam cabaran untuk menjuarai UCL buat kali ketujuh dan Real Madrid dalam misi untuk melakar kejuaraan hatrik.
Sumber Liverpool mara ke final