Penyanyi, Mila Jirin yang juga seorang ibu berkongsi kisah pendakiannya ke gunung Jabal Nur, Arab Saudi, setinggi aras 642 meter sambil mendukung anaknya, Arif Zikri.
Menceritakan pengalamannya itu, Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) menulis dengan panjang lebar menerusi akaun Instagram miliknya.
“Tak dinafikan, memang penat. Dengan berat hanya 42 kilogram dan mendukung Arif dengan berat sembilan kilogram memang terasa bergoyang dan bergetar lutut.
“Turun lebih mencabar dari naik. Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidak sekata dan apabila makin ke atas tangganya makin curam. Allahuakbar!
“Memang ada rasa seperti mahu putus asa tetapi disebabkan waktu melawat itu merupakan waktu terakhir untuk pelawat menziarah Jabal Nur seperti yang diarahkan kerajaan Arab Saudi, saya terus positif,” coretnya.
Dalam entri panjang lebar Mila sempat berpesan kepada anaknya.
“Moga nanti Arif dah besar, Arif dukung mommy pula, naik Bukit Bendera pun jadilah,” tulisnya.
Tindakan yang cukup berani pelantun Persis Mutiara ini turut dipuji oleh netizen kerana sanggup mendukung Arif sehingga ke puncak tinggi itu.
Sumber Mila Jirin daki puncak Jabal Nur sambil dukung anak