Antara yang paling terkesan dengan tindakan Soloz itu adalah termasuk kapten MyA, Mohd Zulshahrin 'King Zyzz' Zulkifli.
“Memang ia merupakan satu berita yang agak susah untuk diterima apabila Soloz membuat keputusan untuk tidak lagi bersama kami sebab MyA sudah kehilangan dua tonggak utamanya.
“Namun saya ucapkan tahniah kepada Soloz sebab sertai ASYN. Saya doakan yang terbaik untuknya.
“Saya juga mahu berterima kasih kepada Soloz kerana telah bersama MyA selama hampir dua tahun. Dia merupakan drafter (penyusun strategi pemilihan hero) yang telah membantu menaikkan nama MyA,” kata King Zyzz ketika dihubungi Astro AWANI semalam.Selain Soloz, pemain tank Mohd Haqqani '2ez4jepv' Jaffar turut umum dia meninggalkan MyA pada 18 April lalu dan bakal menubuhkan pasukannya tersendiri.
Tidak mahu menoleh ke belakang dengan keputusan penghijrahan kedua-dua dua rakan sepasukannya itu, King Zyzz berkata MyA akan terus bangkit dan cuba mengekalkan momentum mereka sebagai salah sebuah pasukan Mobile Legends paling kuat di Malaysia.“Kami akan bangkit dan berikan yang terbaik. Kami akan cuba membentuk keserasian yang lebih baik dengan rakan sepasukan yang baharu.
“Kami akan buktikan MyA kuat bukan kerana kekuatan seorang pemain tetapi sebagai satu pasukan,” tegasnya.
MyA ditubuhkan pada Oktober 2016 oleh King Zyzz dan Muhd Hilmi 'Sh4dow' Abdul Halim. Ia kemudiannya disertai 2ez4jepv dan Soloz. Selang setahun kemudian, pasukan tersebut menerima ahli baru Khor Hoi 'Facebook' Cean.
Antara pencapaian membanggakan yang pernah diraih MyA termasuk tempat ketiga Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura yang berlangsung bulan lalu, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP pada tahun lalu.
Sumber Mobile Legends: MyA kuat bukan kerana skil individu, tapi sebagai satu pasukan - King Zyzz