Musa Aman tidak ikut undang-undang Jabatan Imigresen?

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi urusan keluar-masuk di negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, berdasarkan rekod jabatan itu, kali terakhir Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April 2018 kira-kira pukul 8.02 malam menggunakan pasport diplomatik.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem rekod yang ada.

BACA: Anifah harap Musa pulang ke pangkuan keluarga sempena Aidilfitri

BACA: Musa Aman sedia beri kerjasama - Peguam

BACA: Musa Aman dipercayai ke luar negara - Laporan

"Jika Musa keluar dari Malaysia tidak melalui pintu diwartakan, tindakan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen.

"Malah, jika Musa gagal mengemukakan pasport untuk keluar Malaysia apabila dikehendaki pegawai Imigresen bertugas, tindakan itu juga adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Pasport," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Ditanya sama ada terdapat rekod dalam sistem jabatan itu perjalanan keluar Musa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mustafar berkata, tiada rekod ditemukan.

Baru-baru ini, Musa yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dikatakan tidak berada di Sabah kerana dipercayai berada di luar negara.



Sumber Musa Aman tidak ikut undang-undang Jabatan Imigresen?

Post a Comment

Previous Post Next Post