Perkongsian mengejutkan kedua-dua pelakon yang dimuat naik melalui laman sosial masing-masing ini turut menjelaskan bahawa keputusan itu diambil atas persetujuan bersama.

“Saya dengan berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini,” tulis Nazim dalam perkongsiannya sebentar tadi .

Sementara itu Bella juga menjelaskan persoalan mengapa perceraian mereka ini terjadi yang turut menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli keluarganya yang lain.

“Kenapa, apa yang berlaku, soalan yang sama keluarga saya bertanya. Untuk memendekkan cerita perkahwinan kami tidak boleh diselamatkan lagi.

“Kedua kami sudah melakukan yang terbaik untuk memulihkan keadaan. Bagaimanapun keputusan ini adalah yang terbaik untuk kami,” tulis Bella.

Sementara itu perkahwinan kedua-dua pelakon ini mula mendapat perhatian apabila mereka kini dilihat semakin jarang memuat naik gambar bersama-sama malah pilihan Nazim untuk bercuti sendirian juga sering kali mendatangkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Pasangan Nazim dan Bella bernikah pada 10 September 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE