Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional hari ini mengumumkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.

Peletakan jawatan Najib berkuatkuasa 31 Mei 2018.

Susulan ini, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, berkuatkuasa 30 Mei 2018.

Awal minggu lepas, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional pada 23 Mei 2018.

Antara Lembaga Pengarah yang masih ada di Khazanah termasuk Datuk Seri Nazir Razak dan Tan Sri Md Nor Md Yusof. Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar juga masih kekal di Lembaga Pengarah syarikat itu.



Sumber Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Khazanah Nasional

Post a Comment

Previous Post Next Post