Susulan viral video pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertindak kasar terhadap seorang lelaki warganegara Myanmar, pegawai berkenaan telah ditahan kerja, lapor Harian Metro.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan pihaknya akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit yang bertindak di luar batasan.
"Perlakuan pegawai terbabit jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan serta perkhidmatan awam.
"Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan sertai tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Mustafar Ali, mana-mana pegawai yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan serius termasuk dibuang kerja. Pihak JIM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tata tertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002.
Ketua Pengarah Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari mengesahkan kejadian itu berlaku di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JIM di Wisma Persekutuan Johor Bahru pada jam 9 pagi tadi.
Siasatan dalaman sedang dijalankan dan pegawai terbabit sudah dikenakan tindakan.
Menurut Rohaizi, kejadian itu berlaku apabila mangsa tidak memahami arahan yang diberikan walaupun sudah berulang kali diterangkan oleh pegawai terbabit.
Mangsa kemudian ditampar menggunakan sesuatu yang dipercayai pasport sebelum tangannya diletakkan pada pengimbas dan ditumbuk beberapa kali sebelum mengarahkannya diam dan tidak menggerakan tangannya.
Sumber Pegawai Imigresen tampar dan tumbuk lelaki warga Myanmar sebab tak faham arahan
Tags:
thereporter