Menurut kenyataan perdana menteri, antara yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini, dan Baginda telah memperkenankan senarai itu.
Pelantikan itu adalah selari dengan Perenggan (b) Fasal (2), Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.
Senarai penuh adalah seperti berikut:
Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad (BERSATU-Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan)
Jemaah Menteri:
Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU-Pagoh)
Menteri Pendidikan
Maszlee Malik (BERSATU-Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Rina Harun (BERSATU-Titiwangsa)
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Datuk Seri Mohamed Azmi Ali (PKR-Gombak)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang)
Menteri Kewangan
Lim Guan Eng (DAP-Bagan)
Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong)
Menteri Sumber Manusia
Kulasegaran A/L V.Murugeson (DAP-Ipoh Barat)
Menteri Pertahanan
Mohamad Sabu (AMANAH-Kota Raja)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Salahuddin Ayub (AMANAH-Pulai)
Menteri Kesihatan
Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH-Kuala Selangor)
Pengumuman itu menjadikan barisan kabinet kini 14 orang susulan pengumuman sebelum ini yang menamakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Selain itu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Sumber PM umum 9 lagi menteri Kabinet, Azmin, Maszlee Malik antara tersenarai