Polis jalankan proses siasatan di Seri Perdana

PUTRAJAYA: Polis melaksanakan proses penyiasatan kira-kira empat jam di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini hari ini, yang pernah dihuni bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepasukan polis dengan 10 pegawai dan anggota yang menaiki tujuh kenderaan memasuki kawasan kediaman tersebut pada kira-kira 1 tengah hari sebelum kenderaan-kenderaan berkenaan dilihat keluar kira-kira 4.20 petang.

Empat daripadanya merupakan kenderaan rasmi polis manakala tiga lagi tanpa logo rasmi polis.

BACA: Lapan lagi peti besi akan dibuka

BACA: Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka

Pasukan polis itu dipercayai memasuki Seri Perdana bagi melakukan siasatan berkaitan lapan peti besi yang dikatakan terdapat di kediaman itu.

Seorang daripada pegawai polis di dalam kenderaan itu menyebut 'kosong' ke arah pihak media yang menunggu di luar Seri Perdana sebelum memecut meninggalkan perkarangan kompleks.

-- BERNAMA



Sumber Polis jalankan proses siasatan di Seri Perdana

Post a Comment

Previous Post Next Post