Pun begitu, Radin Amir Affendy atau lebih mesra disapa Radin, mengakui ada merancang untuk berkahwin namun masih belum menemui bakal suri hatinya.
"Semua orang memang ada pasang niat untuk mencari teman hidup. Tapi saya setakat ini belum lagi .
"Tapi insyaALLAH perancangan itu ada cumanya bila, dengan siapa dan segala berkaitan dengan jodoh ni saya serahkan pada ALLAH.
"Buat masa ini saya mahu berikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya dan pada masa yang sama kembangkan bakat pengacaraan," katanya.
Ditanya lebih lanjut mengenai pikatline di media sosialnya, Radin mengulas, perkara itu diguna pakai sejak dulu lagi namun tidak keterlaluan demi menjaga hati orang ramai.
"Sebenarnya kebanyakan gambar-gambar di Instagram memang selalu dengan kapsyen-kapsyen pikatline sejak dari dulu.
"Namun bila saya letak kapsyen sweet ramai pula yang suka dan terima. Alhamdulillah, tapi saya kena kawal juga, walaupun sekadar kapsyen di media sosial takut over pula, takut ada yang tak suka atau muak.
“Buat masa ini tak ada lagi yang tak suka,” katanya sambil ketawa.
Sumber Radin sinonim dengan pikatline