raj banana leaf cuci pinggan guna air lopak

raj banana leaf

raj banana leaf

raj banana leaf: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf di sini, selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan siasatan ke atas restoran tersebut.

“Kementerian sangat memandang serius perkara ini dan mengeluarkan tiga notis di bawah 32B Akta Makanan 1983 di atas kesalahan pengendali makanan yang tidak mempunyai suntikan pelalian anti tifoid dan tidak menghadiri latihan pengendali makanan, restoran yang tidak berdaftar dengan KKM dan kegagalan premis makanan bebas daripada makhluk perosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan premis makanan secara rutin.

“Dari 2016 hingga kini, 289,919 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara dijalankan di mana 5,587 atau 2 peratus premis makanan tidak bersih termasuk restoran dan kedai makan ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 40,288 kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa memantau dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjalankan pemeriksaan premis makanan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin.

“Kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna serta menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi premis makanan yang tidak bersih,” katanya.

Susulan itu, katanya, sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web  http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.

Terdahulu, DBKL mengambil tindakan apabila premis Raj’s Banana Leaf diarah tutup serta-merta di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa hari ini.

Semalam, tular di media sosial dan WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran makanan daun pisang itu mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber raj banana leaf cuci pinggan guna air lopak

Post a Comment

Previous Post Next Post