'Ramai bising hutang negara cecah lebih RM1 trilion, tapi hutang PTPTN tak nak bayar'

Belum sampai sebulan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mentadbir Putrajaya, namun sudah ada suara sumbang yang menuntut pemimpin berkenaan melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat selepas HARAPAN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu. 
Meskipun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini meminta tempoh selama 100 hari bagi melaksanakan manifesto tersebut, ada segelintir individu yang cuba menimbulkan kemarahan sesetengah pihak kononnya Kerajaan HARAPAN hanya sekadar menaburkan janji palsu. 
Dari desakan menurunkan harga minyak, hapuskan tol, mansuhkan GST, mansuhkan PTPTN dan banyak lagi. Bagi Mazlan Zonan, menyelar sikap golongan berkenaan yang dianggap tiada bezanya dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 
"Ramai yang bising hutang negara mencecah lebih RM1 trilion. Dalam masa yang sama, minta mansuhkan Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Korang tahu tak yang hutang PTPTN itu termasuk dalam hutang jaminan negara? 
"Lebih RM40 bilion dari hutang PTPTN korang tak bayar itu masuk dalam amaun RM1 trilion yang korang hebohkan itu. 
"Nak mansuh? Nak percuma? Work your ass out la. Time belajar, score kaw-kaw, dapatkan biasiswa. Ini dah pinjam nak minta waive. Tak payah bayar? Apa beza kau dengan Najib? 1MDB?
"Beza dia, kau tak ada power. Jadi kau punya game dalam sekala sekecil sajalah. Lari dari hutang PTPTN, lari hutang kereta, lari hutang kawan-kawan. Selepas itu kau nak kecam Najib? Kau pun sama saja lahanat.  If you want to pay it, you will find a way.
"Dah pinjam nak minta free? Pelacur lebih baik dari kau. Depa nak duit, depa kerja,  bukan macam kau semua nak free. Terasa? Memang nak bagi terasa. Tak terasa, tak berfikir. Hahaha! 
Geisha Street, Gion, Kyoto - Foto Mazlan Zonan
"Saya tak kirtik manifesto HARAPAN, saya kritik perangai-perangai orang yang mintta mansuh," katanya," tulis Mazlan Zonan. 


Sumber 'Ramai bising hutang negara cecah lebih RM1 trilion, tapi hutang PTPTN tak nak bayar'

Post a Comment

Previous Post Next Post