Ronaldinho nafi akan kahwini dua wanita sekali gus

BEKAS bintang Barcelona, Ronaldinho menafikan laporan yang mengatakan dia akan mengahwini dua wanita serentak.

Memetik laporan portal berita Brazil, Globo Esporte, Ronaldinho menyifatkan berita itu sebagai penipuan paling besar.

"Saya menerima banyak panggilan tentang berita itu. Ia tidak benar.

"Saya belum ada perancangan untuk berkahwin, apalagi untuk kahwin dua wanita sekali gus," kata Ronaldinho kepada portal itu.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan pemenang Ballon d'Or tahun 2005 itu merancang akan mengahwini dua teman wanitanya, Priscilla Coelho dan Beatriz Souza dalam satu upacara perkahwinan sivil pada Ogos depan.

Ronaldinho, 38 tahun, sebelum ini dikatakan tidak pernah berselindung tentang hubungannya dengan dua wanita itu, yang masing-masing dikenali pada 2013 dan 2016.

Poligami merupakan satu kesalahan jenayah di Brazil yang boleh menyebabkan pelakunya dipenjarakan sehingga enam tahun.



Sumber Ronaldinho nafi akan kahwini dua wanita sekali gus

Post a Comment

Previous Post Next Post