Bagaimana ya rasa ayam goreng emas ini? (Gambar: guestofaguest)
Jika anda sanggup untuk membayar sekitar RM100 atau lebih daripada itu, ayam goreng bersalut emas ini mungkin sesuai untuk anda.
Untuk pengetahuan anda, ayam goreng emas atau dikenali sebagai Food God 24 Karat Chicken Wings ini mula tular di media sosial beberapa hari lalu.
BERKEMUNGKINAN AYAM GORENG PALING MAHAL
Warnanya salutan cecair emas yang lain daripada lain menjadikan menu ini nampak unik, sekali gus menjadi tumpuan netizen sosial media. Anda boleh lihat rupa ayam goreng ini menerusi video di atas.
Difahamkan ayam ini dihasilkan daripada beberapa bahan seperti mentega kelapa dan madu.
Ayam ini kemudian diperap selama 24 jam sebelum digoreng dan disiram bersama kepingan 24 karat emas. Ya 24 karat emas!
Terdapat tiga variasi yang dijual iaitu 10 ketul bersamaan AS$30 (RM117), 20 ketul AS$60 (RM234) dan 50 ketul termasuk Champagne AS$1000 (RM3926).
Sehingga kini hanya terdapat di cawangan mereka di Chelsea, East Village dan Manhattan.
Jika anda mahu menikmati ayam goreng serba mewah yang disaluti emas, anda boleh ‘terbang’ ke satu daripada tiga cawangan terbabit.
Sumber Sanggup Ke Cuba 'Chicken Wings' Berharga RM3926 Ini?