Saya dituduh kafirkan orang, kata ustaz dimarahi penyokong PKR

Beliau berkata anak-anak kariah yang berpakaian baju PKR itu mungkin tersalah faham terhadap kupasan surah At-Taubah ayat 23.

VIDEO INSIDE

PETALING JAYA: Seorang penceramah yang dimarahi sekumpulan penyokong PKR dalam video yang tular menjelaskan kejadian berpunca daripada ulasannya ke atas surah At-Taubah ayat 23.

Ayat tersebut berpesan agar jangan mendampingi orang-orang yang memilih kufur dengan meninggalkan iman.

“Mereka mengatakan saya menuduh mereka kafir. Saya menjawab saya tidak menuduh tuan-tuan kafir. Saya mengulas ayat tersebut tapi mereka mungkin salah faham terhadap kupasan saya. Mereka tak tahan jadi mereka serbu ke dalam masjid,” kata Subri Md Arshad di Facebook hari ini.

Menurut beliau kejadian itu berlaku semalam di Masjid Sungai Seluang, Kulim, Kedah dan antara yang memarahinya dikatakan anak kariah masjid itu sendiri yang berpakaian baju PKR.

Subri percaya ketegangan ini mungkin berpunca kerana suasana pilihan raya sekarang ini.

“Saya pesan (kepada kumpulan itu) seandainya kita bergaduh sama-sama kita dalam perkara ini maka yang akan rugi sudah pasti orang Melayu yang beragama Islam dan golongan lain akan ambil kesempatan untuk menguasai kita,” katanya.

Subri berkata dirinya tidak diapa-apakan dan pihak polis dipanggil untuk meleraikan keadaan yang tegang itu.

Subri pernah bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Kepala Batas pada 2008.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Saya dituduh kafirkan orang, kata ustaz dimarahi penyokong PKR

Post a Comment

Previous Post Next Post