Mengakui ini keputusan sukar yang dibuat, namun demi karier bola sepak yang masih panjang, dia memilih menyarung jersi skuad Hang Tuah di bawah kendalian Eduardo Almeida.
“Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sedih, walaupun saya rasa agak berat untuk meninggalkan kem pasukan Kelantan, saya rasa inilah yang terbaik untuk periuk nasi saya. Mungkin, saya rasa karier masih panjang dan saya perlu teruskan dengan pasukan baru.
"Terima kasih kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United, terutama Datuk Mohd Yusoff Mahadi, yang percaya dengan kebolehan saya. InsyaAllah, saya akan bekerja keras untuk berada dalam kesebelasan utama dan cuba mencapai sasaran yang telah ditetapkan musim ini,” katanya.Penjaga gol berusia 29 tahun itu juga berterima kasih kepada seluruh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), pemain dan penyokong setia The Red Warriors (TRW) yang banyak menyokongnya selama ini.
"Terima kasih kepada presiden (Bibi Ramjani) dan seluruh pengurusan baru KAFA kerana sudi beri saya peluang untuk berkhidmat bersama mereka. Tidak dilupakan, jasa dan pengorbanan Tan Sri Annuar Musa.
"Kepada seluruh penyokong setia TRW, terima kasih kerana berdiri teguh di belakang saya dan menyokong karier bola sepak saya. Teruskan sokongan anda dan saya amat menghargainya,” katanya.
Sumber Selamat tinggal Kelantan - Apek