Shafie kata dia miliki majoriti dengan 6 dari BN

Presiden Warisan berkata 5 Adun BN akan menyertai beliau dan sekarang dia memiliki 35 kerusi, cukup untuk membentuk kerajaan baru di Sabah.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal siap sedia untuk menjadi ketua menteri Sabah selepas 6 Adun Barisan Nasional bersetuju untuk mnyertai kerjasama Warisan-Pakatan Harapan.

Dengan 6 Adun dari Umno dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (Upko) bersedia untuk bertukar parti, Shafie kini mendakwa dia memiliki majoriti, membolehkan dia membentuk kerajaan negeri.

Warisan-PH memiliki 29 kerusi pada pilihan raya umum Rabu lepas, terikat dengan Barisan Nasional.

Enam Adun BN yang dinamakan beliau ialah: Adun Tanjong Batu Hamisa Samat (Umno), Adun Sebatik Abdul Muis Picho (Umno), Adun Paginatan Abidin Madingkir (Upko), Adun Kadamaian Ewon Benedick (Upko), Adun Kemabong Jamawi Jaafar (Umno) and Adun Balung Osman Jamal (Upko).

Shafie memberitahu pemberita beliau sudah menghantar surat rasmi dan berhubungan dengan Yang di-Pertua Sabah Datuk Seri Juhar Mahiruddin mengatakan dia sudah mempunyai lebih daripada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata dia juga memperoleh akuan bersumpah daripada 35 wakil rakyat yang menyokongnya sebagai ketua menteri.

“Inilah cara mengikut proses undang-undang. Ia dinyatakan dalam perlembagaan negeri bahawa seorang ketua perlukan sokongan majoriti untuk dilantik,” katanya.

Malam tadi Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan 2 wakil rakyat Parti Solidariti Tanah Airku (Star) termasuk Presiden Datuk Jeffrey Kitingan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Shafie kata dia miliki majoriti dengan 6 dari BN

Post a Comment

Previous Post Next Post