Sufian, 26, berkata dia dan pihak pengurusan tidak sempat mempromosikan lagu tersebut menyebabkan ramai orang tidak mengetahuinya.
"Saya memang ada satu lagu untuk hari raya. Lagu berjudul Kasih Lebaran itu sudah ada di saluran Youtube sejak awal Jun tahun lalu.
"Mungkin ramai orang tak tahu sebab saya dan pihak pengurusan tidak sempat nak membuat sebarang promosi untuk lagu itu.
"Ketika lagu itu dilancarkan, sudah nak masuk bulan puasa. Tapi ahli kelab peminat saya sudah mengetahui lagu itu," kata Sufian .
Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen sehingga kini hanya mendapat lebih 144,000 tontonan.
Tambah penyanyi lagu Terakhir ini, dia mahu mencuba nasib dengan mempromosikan lagu tersebut dalam masa terdekat.
"Insya-Allah, memang ada perancangan untuk melakukan promosi untuk lagu itu pada tahun ini.
"Memandangkan bulan ramadan pun sudah hampir tiba. Rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk lagu itu diperdengarkan," ujarnya.
Dalam pada itu, Sufian meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu Di Matamu sudah mencecah lebih 21 juta tontonan di Youtube dalam masa hampir dua bulan.
"Alhamdulillah, boleh dikatakan lagu itu bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.
"Tidak ada istilah saya membeli tontonan sebab lagu Di Matamu semua orang tahu," katanya.
Sumber Sufian Suhaimi rupa-rupanya ada lagu raya!