SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan di sini.
Sumber Sultan Selangor berkenan terima menghadap Anwar Ibrahim
Pertemuan secara tertutup yang berlangsung selama kira-kira sejam setengah itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Terdahulu kenderaan yang membawa Anwar dilihat memasuki perkarangan istana pada kira-kira 10 pagi.Sementara itu, ketika ditanya pemberita semasa dalam perjalanan keluar, Anwar berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Mohamed Azmin yang telah memegang jawatan sebagai menteri kabinet.
"Kita ada bincang mengenai soal itu, perkara ini hampir selesai," katanya.
Ketika ditanya tentang calon yang berpotensi untuk menggantikan Mohamed Azmin, dalam nada bergurau Anwar menjawab: "Senarai calon terlalu banyak, banyak puluh".
Sumber Sultan Selangor berkenan terima menghadap Anwar Ibrahim
Tags:
Viral AA+