Fendy, 30, yang dilaporkan mengalami sakit misteri akhir bulan lalu itu berkata dia reda dan menganggap ada hikmah d isebalik apa yang berlaku terhadap dirinya itu.
“Sungguh hebat kasih sayang Allah buat hambanya. Tak pernah meminta dan dipinta. Tapi Allah sentiasa memberikan pada yang dikehendakiNya.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dan juga yang sokong kerjaya saya tanpa jemu. Nilai kasih sayang anda semua saya simpan sebaiknya. Moga ada hikmah dan rahmat disebalik semua ini,” ujarnya.
Dia memuat naik status di Instastory pada petang Khamis.
Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station yang kini sedang masih disiarkan Astro Ria.
Dalam sebuah laporan terbitan Kakigosip, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.
Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.
Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.
Mr Grey turut menampilkan Eyra Hazali dan drama bersiri itu dijangka berakhir pada 10 Mei ini.
Ia disiarkan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam di Astro Ria.
Sumber “Sungguh hebat kasih sayang Allah” - Reaksi terbaharu ‘Mr Grey’ selepas terlantar sakit