Syafiq bersahaja, peminat tertanya-tanya

PENYEBARAN video seorang lelaki tampil berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi panggilan video, yang didakwa melibatkan aktor Syafiq Kyle, masih hangat diperkatakan di laman sosial.

Bagaimanapun sehingga kini, aktor berusia 26 tahun ini masih tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Melalui hari secara bersahaja, pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini sempat memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya kira-kira jam 9 pagi tadi dengan ucapan 'pagi' buat para peminatnya.

Bahkan di laman Twitter miliknya, pelakon yang kini muncul dengan watak Ustaz Adam menerusi drama Nur itu dilihat masih melayan dan membalas tweet peminatnya, namun tidak menyentuh langsung isu berkaitan penyebaran video tersebut.

Namun sehingga kini, masih ramai yang setia menunggu penjelasan aktor yang dicungkil bakat dari program Hero Remaja ini dan berharap bukan Syafiq pelaku di dalam video berkenaan.



Sumber Syafiq bersahaja, peminat tertanya-tanya

Post a Comment

Previous Post Next Post