Firman yang membuat persembahan sempena Karnival OK Bersama Rakyat anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) di perkarangan pusat beli-belah Giant, Kuala Selangor itu memberitahu, dia tiada pilihan lain selain meneruskan persembahan kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa minit sebelum namanya dipanggil ke pentas.
Tidak mahu menghampakan peminat dan penganjur, Firman tetap meneruskan persembahan dengan menyanyi sambil duduk secara akustik.
“Sudah dua tahun penyakit ini tidak berlaku selepas saya berubat secara tradisional di Indonesia sebelum ini. Ia amat menyakitkan,” katanya kepada sebuah portal hiburan.
Biarpun terpaksa menahan kesakitan, Firman tetap berjaya menyempurnakan persembahannya menerusi dua buah lagu iaitu Rindu Serindunya dan Kehilangan.
Selesai melakukan persembahan, Firman yang terkenal dengan lagu Kehilangan ini terpaksa dipapah pembantu peribadinya untuk turun pentas.
Difahamkan kejadian ini bukan pertama kali buat Firman dan pernah beberapa kali melaluinya sebelum ini.
Apa pun, semoga Firman dalam keadaan yang baik dan segera sembuh.
Sumber Tahan sakit, Firman menyanyi sambil duduk