Erma, 50, berkata, segala kemudahan yang diberikan tidak berguna jika masyarakat masih lagi mengekalkan mentaliti kelas ketiga.
"Tak guna kalau ada kerajaan yang boleh turunkan kos hidup, namun kau masih mengharapkan BR1M.
"Tak guna ada kerajaan yang boleh menghentikan rasuah, namun kau masih lagi dok hulur bawah meja nak dapat job, nak kelulusan segera dan sebagainya.
"Tak guna ada kerajaan yang boleh buat infrastruktur canggih dan hebat sedangkan kau masih lagi tak reti beratur naik tren, tak reti bagi signal ketika memandu dan masih langgar lampu merah tak kira siang atau malam," tulisnya pada Jumaat.
Pelakon drama Mak Cun ini berkata, rakyat tidak boleh hanya mengharapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan ekonomi negara semata-mata.
Katanya, kehidupan tidak boleh terus menjadi bahagia seperti diimpikan selepas bertukar kepada kerajaan baharu.
"Kau harapkan Tun yang dah tua tu untuk tolong kau, majukan negara, tingkatkan ekonomi supaya hidup kau lebih senang. Tapi kau setiap malam lepak mamak sampai lewat malam dok berborak kosong.
"Kau harapkan kerajaan baharu sediakan banyak peluang kerja buat kau. Tapi kau memilih bukan main, nak kerja sedap dan nak gaji sedap. Susah dan berat kau tak mau, biar Bangla sahaja yang buat," ujarnya.
Erma turut meminta, agar orang ramai membantu diri sendiri untuk berubah kepada mentaliti kelas pertama seiring kerajaan baharu yang mereka telah pilih.
"Apa gunanya kerajaan baharu kalau hidup dan perangai kita masih tak berubah," tulisnya.
Sumber "Tak guna kerajaan baharu tapi..." - Erma Fatima