“Terasa Hampir Putus Nafas, Alhamdulillah Masih Ada Kesempatan Untuk Bersama” – Sari Yanti

“Terasa Hampir Putus Nafas, Alhamdulillah Masih Ada Kesempatan Untuk Bersama” – Sari Yanti
Pelakon Sari Yanti akui pengalaman melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan pelawak Jep Sepahtu, Dariya Inara agak berbeza.

Sari menceritakan pengalaman manis ketika melahirkan Dariya Inara menerusi akaun Instagramnya semalam.
Turut mengumumkan IG rasmi Dariya Inara.

“Bismillahirrahmanirrahim. Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA'ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR.

“Pada 25/4/2018 kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial. Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu. #anakabah.
Comel sungguh puteri kesayangan Sari Yanti dan Jep.
“Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang dan menjadi yang lebih baik. InshaAllah.

“Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa. Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah.

“Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan 'anti' hampir 34 tahun dulu.Terima kasih baba, mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang.  Alhamdulillah dah selamat. Semoga semuanya akan beroleh bahagia.
Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq bersama adik kesayangan mereka.
“Terima Kasih anak anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq - kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are.

“Terima kasih adik-beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua dan terima kasih awak semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan, rahmat dan kegembiraan.

“ALHAMDULILLAH, Assalamualaikum everyone @dariyainaraofficial @jepsepahtu,” tulisnya.

Jep dan Sari Yanti selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 diDewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
 



Sumber “Terasa Hampir Putus Nafas, Alhamdulillah Masih Ada Kesempatan Untuk Bersama” – Sari Yanti

Post a Comment

Previous Post Next Post