Beliau berkata hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.
"Dalam isu rasuah sukan, isu mengatur perlawanan dan sebagainya, saya rasa keputusan itu keputusan yang wajar... tetapi masih ada ruang untuk membuat rayuan.
"Itu terpulang kepada mereka untuk merayu atau tidak tetapi pendirian kita di Kementerian Belia dan Sukan, kita tidak berkompromi apabila timbul isu mengatur perlawanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar di sini, hari ini.Khairy berkata demikian sebagai mengulas keputusan BWF yang menggantung Zulfadli dan Chun Seang, masing-masing 20 dan 15 tahun, kerana melanggar Kod Tatatertib BWF melibatkan aktiviti pertaruhan serta mengatur dan menentukan keputusan perlawanan.
Penggantungan mereka berkuat kuasa 12 Jan tahun ini – tarikh kedua-dua pemain itu digantung secara bersyarat oleh BWF.
Selain dikenakan hukuman gantung, Chun Seang juga dikenakan denda AS$15,000 (RM59,000), manakala Zulfadli didenda AS$25,000 (RM98,000) oleh Panel Etika Pendengaran BWF. -- Bernama
BACA: Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF
BACA: Digantung BWF: Zulfadli, Chun Seang miliki 21 hari untuk merayu
Sumber Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy