“Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai

“Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai
Penyanyi Lan Solo melahirkan rasa syukur apabila anak keempatnya, Nur Amna Qusandra yang mengalami masalah sumbing selamat menjalani pembedahan mencantumkan bahagian bibirnya.

Menerusi akaun Instagramnya, Lan memberitahu pembedahan tersebut telah pun selesai kira-kira jam 11.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
Xandra sebelum menjalani pembedahan.
“ALHAMDULILLAH. Pembedahan bahagian bibir anak saya dah selesai. Tq doc & team! Tq jugak kepada semua yang mendoakan anak kami. InsyaAllah nanti kitorang update lagi pasal BabyXandra ye,” tulisnya ringkas.
 

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Instagramnya mengucapkan tahniah dan berasa lega kerana pembedahan berjalan dengan lancar selain mendoakan kesejahteraan bayi comel itu.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, dan isterinya Nur Sheila Hassim, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Quxandra yang selamat dilahirkan pada 24 Februari lalu, pasangan ini juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

BACA: Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra



Sumber “Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai

Post a Comment

Previous Post Next Post