Ketika sambutan hari raya tahun ini, Shahir sekeluarga telah datang ke kediaman Erra Fazira.
Ramai yang mula membuat spekulasi tentang hal ini, ada yang mengatakan keluarga Shahir datang merisik.
Pelakon filem Sembilu ini telah menjelaskan hal sebenar tentang kunjungan Shahir Zawawi bersama keluarga pada 1 Syawal lalu.
Erra atau Fazira Wan Chek berkata, kunjungan tersebut dengan tujuan untuk beraya dan bukan merisik.
Pelakon berumur 44 tahun ini menyifatkan tiada tujuan istimewa untuk hubungan mereka berkait dengan kedatangan keluarag Shahir itu.
Maka Erra Fazira menafikan bahawa dirinya telah dirisik oleh keluarga Shahir.
"Saya sudah lama kenal dengan keluarganya. Tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan.
"Mereka hanya datang beraya sahaja. Malah tiada masakan istimewa pun untuk dia hanya juadah raya saja"
"Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang"
Erra Fazira menjelaskan hal ini ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Bikin Filem baru-baru ini.
Erra turut memberitahu bahawa hubungannya dengan Shahir ketika ini tidak mempunyai sebarang perkembangan terbaharu.
Katanya, dia dan Shahir masih lagi pada fasa berkawan seperti yang diberitahu sebelum ini.
PROMO PERFUME CHE TA