Cuma lima dari tujuh yang tawar diri layak tanding Presiden UMNO…

Selepas melalui proses pemeriksaan dengan Jabatan Insolvensi dan sebagainya jumlah sebenar yang layak bertanding untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ialah lima orang sahaja dari asalnya tujuh yang tawar diri.

Mereka ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin.

Dua yang tidak layak ialah blogger Rahmat Azim Abdul Aziz dan ahli UMNO Bangi UMNO Rosile Saat.

Ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menerusi satu kenyataan pada petang Khamis.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula dua yang layak ialah Datuk Seri Mohamad Hassan dan Tan Sri Annuar Musa.

Seorang lain yang tawar diri ditolak.

Untuk jawatan Naib Presiden tujuh dari lapan yang tawar diri layak bertanding.

Mereka ialah Datuk Seri Ismail Sabri,Datuk Seri Khaled NordinmDatuk Seri Mahdzir Khalid,Datuk Seri Johari Ghani,Datuk Seri Ismail Said,Datuk Seri Tajudin Rahman dan Shiekh Razali Sheikh Hamad ( ahli UMNO Bahagian Gua Musang)

Untuk 25 jawatan Majlis Tertinggi UMNO pula dari 124 yang tawar diri seramai 106 layak bertanding.

Bagi jawatan Ketua Wanita UMNO seramai tiga layak bertanding iaitu Datuk Noraini Ahmad,Datuk Azizah Mohd Dun dan Tan Sri Zaharah Sulaiman.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Sembilan layak bertanding.

Mereka ialah Khairul Azwan Harun,Mohd Sahar Abdullah,Datuk Asyraf Wajidi,Imbran Afham Armen,Abdul Razak Yusof,Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan,Datuk Seri Jamal Yunus,Mohd Noer Izzat Mohd Johari,Syed Rosli Syed Harman.- 21/6/2018



Sumber Cuma lima dari tujuh yang tawar diri layak tanding Presiden UMNO…

Post a Comment

Previous Post Next Post