Debat Presiden UMNO di Astro Awani 9.30 malam 29 Jun

Semuanya sudah set untuk debat calon jawatan Presiden UMNO.Ia akan disiar menerusi saluran Astro Awani pada jam 9.30 malam 29 Jun ini.

Setakat ini dua calon jawatan Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengesahkan akan menyertai debat itu.

Menurut laporan Astro Awani pegawai kepada kedua-dua tokoh telah menyatakan persetujuan untuk hadir di program 'Debat Presiden UMNO' itu.

Buat masa ini, Astro AWANI sedang menantikan maklum balas daripada pihak Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sama ada bersetuju untuk bersama di dalam debat berkenaan.

Cadangan untuk berdebat muncul selepas Tengku Razaleigh Hamzah dalam temu bualnya bersama Astro AWANI menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO, Zahid dan Khairy Jamaluddin bagi menjawab semua persoalan yang berbangkit.-21/6/2018



Sumber Debat Presiden UMNO di Astro Awani 9.30 malam 29 Jun

Post a Comment

Previous Post Next Post