Hukuman gantung menanti isteri akibat kelar anak bongsu kami .. Moga sayang kuat -Suami (7Gambar)

Temerloh : Sebak suami melihat isteri nya diiringi oleh pihak polis untuk didakwa hari ini,Muhammad Rizal Jusoh, 42, yang hadir bersama beberapa ahli keluarganya sempat menemui isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.
Mohd Rizal berkata walaupun dia sudah memaafkan kesalahan isteri nya namun dia tidak boleh membelakangkan udang-undang jika isteri nya terbukti bersalah hukuman gantung menanti diri nya.
Namun segalanya kini diserahkan kepada pihak berkuasa, isteri nya sunggul dan muram ketika dihadapakan ke Mahkamah hari ini.
Harian Metro melaporkan suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan membunuh anaknya berusia 19 bulan di FELDA Jengka 13, Maran, Ahad lalu.
Asmani Mat, 31, hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.
Tiada sebarang rekod dicatatkan daripada tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung ungu.





Asmani dituduh membunuh anak lelakinya, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di kediaman mereka di FELDA Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Maran, Ahad lalu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara 8.30 malam sehingga 9 malam.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, Pei Si membenarkan permohonan Siti Hajar supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama satu bulan bagi tujuan pemantauan berikutan wanita itu dilihat mempunyai masalah mental seperti tidak fokus.
Pei Si turut menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes, Muhammad Nur Rashdan maut selepas dikelar ibu kandungnya yang dikatakan tidak sedar dengan tindakannya itu. Al fatihah buat anak syurga Muhammad Nur Rashdan.


Sumber Accident Portal

Post a Comment

Previous Post Next Post