iklan raya petronas 2018 : Misi Riuh Raya! dari Petronas

iklan raya petronas 2018

iklan raya petronas 2018

iklan raya petronas 2018: Petronas melancarkan filem web baharu berjudul Misi Riuh Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategiknya, Zahariah Abd. Rahman berkata, filem web itu memaparkan cabaran lima beradik membuat kejutan pulang ke kampung halaman berhari Raya.

Katanya, filem web berdurasi 222 saat itu juga menceritakan tentang kesabaran, kemurahan, kemaafan dan perpaduan keluarga selari dengan semangat Aidilfitri.

“Tahun ini, sekali lagi kita harap filem web ini akan menyampaikan cerita dan mesej perpaduan yang menyentuh perasaan segenap lapisan masyarakat sempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Ia menceritakan tentang lima beradik yang diberikan tugasan misi berbeza untuk memastikan Hari Raya lengkap bersama seluruh keluarga,” katanya pada majlis pelancaran filem web itu di sini hari ini.

Tambah Zahariah, Petronas telah menyeru rakyat Malaysia mengekalkan perpaduan dengan iklannya yang menyentuh nilai, tradisi dan budaya sempena musim perayaan sejak lebih dua dekad yang lalu.

Orang ramai boleh menyaksikan sendiri filem web tersebut di saluran media sosial rasmi Petronas di Facebook dan YouTube bermula hari ini.

Sementara itu, terdapat juga versi iklan di televisyen berdurasi 60 saat yang akan mula disiarkan esok.

Manakala, versi istimewa di pawagam pula akan dipamerkan di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara bermula 14 Jun ini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

 



Sumber iklan raya petronas 2018 : Misi Riuh Raya! dari Petronas

Post a Comment

Previous Post Next Post