'Ini ke tempat tinggal diorang??' - 6 sekeluarga hidup dalam keadaan daif di pondok kecil dalam hutan

Hidupnya tidak seperti kanak-kanak lain yang tinggal di bandar-bandar besar dikelilingi bangunan-bangunan yang gah dan berkembang dengan teknologi. Tiada siapa yang dapat menyangka ketika orang lain sudah mengecapi segala kemudahan dan keselesaan kanak-kanak ini tinggal di sebuah pondok usang bersama keluarganya dan ibunya yang mempunyai masalah mental.
‘Berbumbungkan angkasa kelabu, lantainya bumi retak seribu...’ antara bait lagu Wajah yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor sangat tepat untuk menggambarkan kehidupan keluarga berkenaan.
Kehidupan keluarga ini telah menarik perhatian Azma Mustafha untuk mendekati keluarga ini dan menghulurkan sumbangan. Azma Mustafha turut menyoalkan mengapa pihak-pihak yang berwajib terlepas pandang terhadap keluarga ini.
AKTIVITI siang tadi. Alhamdulillah selesai menyampaikan amanat-amanat para kenalan yang prihatin tentang nasib adik Masjid Taman Putri ini. Terima kasih banyak-banyak atas keperihatinan anda. Anda tahu siapa anda.
Seperti yang sedia maklum, adik ni cakap dia tinggal dalam kebun. Mula-mula cakap nak datang tengok rumah, dia keberatan nak tunjuk. Selepas dipujuk baik-baik, alhamdulillah dia tunjukkan juga. 
Pada mulanya memang saya fikir kebun la, kitorang park kereta kat tepi kebun sawit dan jalan kaki menuju ke dalam kebun. Kereta tak boleh lalu katanya. Menapak punya menapak, punya menapak. Eh, ke dalam lagi ke?? Hilang kelibat kelapa sawit, yang tinggal belukar dan semak samun. 






Diorang masih lagi menapak ke depan, lalu anak sungai, meredah lecak, panjat bukit, barulah nampak pondok kecil di kejauhan.
Hishhhh...?! Ini ke tempat tinggal diorang??? Ini bukan kebun, ini hutan!!! 
Mengucap panjang dalam hati, dalam dunia yang serba moden dan maju ini, masih wujud orang yang hidup susah dalam hutan jauh daripada perkampungan manusia.
Sampai sana, disambut ibunya yang masalah mental, tengok keadaan rumah yang selayaknya dipanggil pondok usang kecil, berdindingkan plywood dan kanvas ini memuatkan enam orang sekeluarga di dalamnya. Ya Allah daifnya.







Persoalannya, mana pihak-pihak berwajib membantu keluarga ini? Kenapa tak diberi perhatian pada kes diorang ini? Bukan tak tahu kes diorang ini, tapi entah di mana silapnya, mereka masih hidup dalam keadaan serba daif.
Harapkan keperihatinan masyarakat setempat sajalah hulurkan bantuan untuk diorang meneruskan kelangsungan hidup. Tak terbayang macam mana kalau tengah-tengah malam diorang sakit demam, nak sampai ke situ sangatlah jauh ke dalam. Motor pun tak lepas nak lalu. 






Moga-moga ada pihak yang berwajib datang membela nasib diorang. Diorang bukan memerlukan, tapi sangat memerlukan! Ya Allah, teguran kali ini memang buat aku celik mata dan bersyukur dengan apa yang aku ada. 
p/s: Lindungilah mereka.


Sumber 'Ini ke tempat tinggal diorang??' - 6 sekeluarga hidup dalam keadaan daif di pondok kecil dalam hutan

Post a Comment

Previous Post Next Post