Karius alami gegaran

LORIS Karius mengalami gegaran ketika melakukan kesilapan yang menghukum Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL), analisis yang telah disahkan oleh pakar.

Pakar perubatan daripada Hospital Awam Massachusetts memeriksa penjaga gol Karius ketika bercuti di Amerika Syarikat dan mengenal pasti terdapat ruang visual yang tidak berfungsi dan ia telah menjejaskan prestasinya di Kiev.

Walapun punca gegaran itu masih tidak diketahui, Karius terlibat dengan pertembungan dengan pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, sebelum memberikan gol kepada Karim Benzema dan Gareth Bale ketika tewas 3-1.

Doktor Ross Zafonte dan pakar terapi fizikal, Lenore Herget, mengesahkan pemain berusia 24 tahun itu mengalami kesan ketukan kepala.

"Selepas meneliti video perlawanan dan laporan yang telah diterima - kami membuat kesimpulan bahawa Karius mengalami gegaran ketika perlawanan bertarikh 26 Mei," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

BACA: Real Madrid pertahan UCL buat kali ketiga berturut-turut

BACA: Menang, kalah dipikul bersama - kapten Liverpool enggan salahkan Karius

BACA: Maafkan saya - Karius

"Pada masa penilaian, kami mendapati ruang visual Karius yang tidak berfungsi dengan sempurna ketika perlawanan itu sedang berlangsung.

"Perkara ini mampu memberikan kesan kepada prestasinya."




Sumber Karius alami gegaran

Post a Comment

Previous Post Next Post