Pemilihan jawatan Presiden UMNO menjadi bertambah hangat ekoran penyertaan saat akhir Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Beliau akan berentap dengan Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tan Si Razaleigh Hamzah.
Borang pencalonan Khairy diserahkan pada jam 3.00 petang oleh bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Sebelum ini Khairy sudah serah borang pencalonan untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
Menerusi kenyataan di facebook miliknya bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan beliau terdahulunya terpaksa meminta agar borang asal diserah pada 1 Jun 2018 bagi jawatan Naib Presiden UMNO ditarik balik, borang pencalonan saya yang terkini adalah untuk jawatan Presiden UMNO..
Beliau akui keputusan tersebut tidak mudah untuk dibuat, malah sehingga beberapa hari lepas beliau tetap dengan pendirian hanya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
“Namun setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO dalam keadaan hari ini, saya mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana saya mahu ahli-ahli parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi.
“Dengan rasa tawaduk dan penuh keinsafan, borang pencalonan saya untuk pemilihan UMNO telah diserahkan ke ibu pejabat UMNO sebentar tadi.
Dalam pada itu Khairy berjata beliau menghormati dua calon yang sah bertanding bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini iaitu Zahid dan Tengku Razaleigh
“Saya sangat hormat kepada Tengku Razaleigh Hamzah malah saya telah berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan menggalakkan hasrat beliau bertanding di atas semangat pemilihan terbuka.
“Saya juga sangat hormat kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya yang sentiasa membantu dan menasihati saya.
“Namun memandangkan pertandingan di peringkat tertinggi UMNO kali ini adalah terbuka, saya mahu para perwakilan parti diberi pelbagai pilihan sebelum mereka membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk UMNO” katanya.- 17/6/2018
Sumber Kejutan...Khairy sertai pemilihan jawatan Presiden UMNO
Tags:
AgendaDaily