rosmah dipanggil sprm: rosmah ke sprm

rosmah dipanggil sprm

rosmah dipanggil sprm

rosmah dipanggil sprm: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  pada 10.40 pagi, bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.

Rosmah mengenakan baju kurung biru dan berselendang merah, beliau kelihatan ceria dan tenang.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung perkara berkenaan.

“Ya, notis sudah diberikan kepada Rosmah dan beliau perlu hadir pada esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini (SRC International),” katanya.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

24 Mei lalu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai  memberi keterangan buat kali ketiga berhubung siasatan SRC International.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Sumber: Sinar Harian



Sumber rosmah dipanggil sprm: rosmah ke sprm

Post a Comment

Previous Post Next Post