Asalnya pembantu Tengku Razaleigh Hamzah atur sesi interbiu khas dengan empat buah portal berita saja.Namun entah macam mana ia bocor dan menjadi viral di kalangan wartawan hingga ada yang bergegas tumpang semangkuk dalam pertemuan di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur pada tengahari Ahad.
Kebetulan waktu itu juga sekumpulan pimpinan Pemuda UMNO dari negeri-negeri yang diketuai Datuk Razlan Rafii membuat kunjungan keatas bekas Menteri Kewangan itu.
Mereka pernah datang sebelum ini.Difahamkan kedatangan sekali lagi mereka jumpa Tengku Razaleigh itu adalah untuk meneruskan desakan beliau bertanding jawatan Presiden UMNO.
Bagi kalangan wartawan yang hadir soalan berkaitan dengan jawatan nombor satu UMNO itu adalah yang paling panas dan berulang kali ditujukan kepada Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Gua Musang Kelantan itu
Namun mereka gagal mendapat ‘berita besar’ samaada beliau bersetuju atau menolak desakan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.
Segala cara wartawan jolok beliau untuk mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu namun Tengku Razaleigh minta bersabar.Katanya,’ masih ada waktu lagi’.
Malah ketika ditanya adakah masih 50-50 lagi dalam membuat keputusan beliau menjawab,’ ada banyak hari lagi’.
Mengikut jadual yang ditetapkan oleh ibupejabat UMNO Malaysia tarikh tutup pencalonan ialah pada 17 Jun ini.
Ini bermakna semua calon ada waktu sekitar dua minggu untuk kempen atau perkenalkan diri kepada ribuan perwakilan di seluruh negara sebelum tarikh pemilihan pada 30 Jun.
Setakat ini bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi saja yang sudah serah borang pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO.
Diminta mengulas keputusan Zahid tawar diri untuk jawatan itu,Tengku Razaleigh kata itu adalah satu perkara yang beliau tidak boleh tentukan.
Jawab soalan mengenai desakan yang diterimanya agar bertanding,beliau akui ada terima ‘sporadic support’.
Beliau menilai desakan itu sebagai ajakan untuk kembali bersatu dan membangunan semula parti.
Tengku Razaleigh menegaskan jumlah 54 Ahli Parlimen yang UMNO ada adalah petanda parti itu tetap kuat dan mampu bangkit semula.
Jawab satu soalan jika dirinya kini Presiden UMNO beliau tidak akan ‘ merangkak’ untuk jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau anggap Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO itu kini sudah dikira orang luar kerana sudah keluar parti.
Apapun Tengku Razaleigh mengajak ahli UMNO menerima hakikat BN sudah kalah dalam PRU14.
”Rakyat sudah buat keputusan”,katanya.
Kepada soalan lain beliau kurang setuju dengan tindak tanduk kerajaan Pakatan Harapan main membatalkan pelbagai projek seperti HSR.
Katanya soal itu melibatkan hubungan antara Malaysia dan sebuah negara lain yang boleh akibatkan tindak balas.
Mengenai pelbagai dakwaan yang digembar gembur kerajaan Pakatan Harapan terhadap Najib kebekalangan ini,Tengku Razaleigh kata beliau berpegang kepada prinsip ‘innocent until proven guilty’.
Diminta mengulas apakah cara pentabiran Dr Mahathir masih dengan stailnya dulu masa mereka berentap jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tahun 1987 dimana beliau kalah 43 undi,Tengku Razaleigh kata masih sama cuma dalam baju yang berbeza.
Beliau minta tengok pada pemilihan pemegang jawatan Menteri Besar di Perak,Kedah, Johor dan jawatan Menteri Kabinet.
Tengku Razaleigh kata jawatan-jawatan penting ini semua dipegang hanya dengan 12 kerusi Parlimen dimenangi oleh calon PPBM.
Kepada satu soalan lain,Tengku Razaleigh berkata mungkin sudha nasib dirinya terpaksa berentap buat kali kedua dengan Dr Mahathir ( jika bertanding dan menang jawatan Presiden UMNO).- 10/6/2018
Sumber Sabar…masih ada masa,kata Tengku Razaleigh mengenai pemilihan jawatan Presiden UMNO
Tags:
AgendaDaily