Itulah bahayanya kalau isteri sudah tawar hati. Letaklah apa perisa pun, tetap akan rasa tawar juga. Jangan diuji kesabaran orang yang sayangkan kita. Sebab bila dia dah penat untuk bertahan, dia takkan pandang kita balik.
"Hidup adalah tentang bertahan dan belajar menerima atau pergi serta belajar melupakan. Semoga hidup wanita ini dan anak-anaknya baik saja hendaknya. InshaAllah" - Firdaus Shakirin.
SUAMI aku nak kahwin lain. Aku kata, "Mampu ke? Kahwin la". Dia jawab, "Mampu". Pendapatan suami, RM6,000 dan aku pula, RM5,000.
Selepas dia berkahwin, aku tak nak dah bayar segala kewajipan dia. Aku tak kacau gaji aku. Tetapi dia marah dan kata aku tak nak tolong dia lagi. Malah dia kata aku melampau. Aku jawab, "Kau ikut sunnah, aku ikut kewajipan. Kata mampu, jadi buktikan".
Dia langsung tak mampu. Mana nak tanggung hutang lagi, nafkah aku pun dia dah culas. Hebat betul kan? Aku biarkan semua dahulu. Hebat betul, kan?
Aku biarkan semua dulu. Anak-anak pun dah meluat pada dia, dengan perangai dia yang dah tak tenang di rumah. Anak-anak tak payah ajar, dah pandai menilai. Segala bil-bil rumah dia tak bayar. Sudahnya elektrik dipotong dan rumah jadi gelap. Tak apa, aku suruh anak-anak bersabar.
Aku suruh dia bayar semuanya sekali. Tetapi dia tetap tak nak.
"Jangan kau menyesal wahai suami!"
Dalam diam aku merancang nak pindah ke Sabah, negeriku tercinta. Segala harta aku di sini, aku jual. Aku ada dua buah kereta. Dia bagi salah satu kereta milik aku kepada isteri muda dia. Demi Allah, aku tak redha dia guna harta aku.
Aku minta kereta aku dipulangkan semula. Tetapi dia tak nak.
Aku balik ke Sabah. Bercuti semalam dua minggu sambil menguruskan perpindahan sekolah anak-anak aku. Di Sabah juga, aku tuntut fasakh di Kota Kinabalu.
Selepas dua minggu kemudian, aku balik ke Kuala Lumpur. Dia pulang ke rumah dalam keadaan marah, sebab surat tuntutan fasakh telah sampai kepadanya.
"Kau tak mampu, rumah ini dah kau serahkan segala tanggungjawab pada aku. Baik aku tak ada suami, dengan perangai kau dah begini. Tak apalah, kau kan kebal nak tongkah dosa dunia,"
Aku beritahu semua tentang perpindahan aku dan anak-anak. Dia menangis dan meraung-raung. Tak guna dah menangis wahai suami, dah terlambat. Hati aku dah tawar. Rasa percaya itu mungkin boleh dipupuk, tetapi rasa hormat yang hilang ini tak mungkin kau akan dapat semula.
Aku dah tak nak hormat, setia dan taat kepadamu lagi. Sebab kau yang ajar aku semua itu. Kau tak pernah bimbing aku jadi isteri solehah. Jadi, rumah tangga ini untuk apa?
Bermulalah kerja aku di Sabah. Kami pun sudah berpisah. Bila direnung jauh-jauh, tak pernah sangka akan jadi begini. Zaman ini diorang paksa diri mampu walaupun sebenarnya tidak. Ada hati tolong orang, isteri sendiri pun tak pernah berjemaah.
Selepas berpisah, kereta aku yang digunakan oleh isteri dia, aku suruh pulangkan. Tetapi mereka tak nak. Aku jual pada kawan aku di tempat kerja lama. Aku bagi kunci pendua dan dia pun pergi menuntut kereta itu dan memaklumkan bahawa dia telah membeli kereta itu daripada aku.
Isteri bekas suami aku mengamuk dan dia hantar mesej di aplikasi WhatsApp macam-macam. Aku krik.. krik.. saja. Tak ada faedah.
Tenang hidup aku sekarang, hanya perlu menjaga anak dan diri sendiri. Tak susah pun. Aku bebas ke sana ke mari tanpa perlu meminta izin segala. Aku benci lelaki begitu sebab aku juga adalah mangsa kehancuran rumahtangga ibu dan ayahku. Ayahku yang kejam sampai ke hari tak ada ruang untuk dia di hati aku.
Sumber: Kisah Rumah Tangga via the reporter
Sumber 'Kau sekarang sudah tak mampu, rumah ini kau dah serahkan segala tanggungjawab pada aku. Kalau begini baik aku tak ada suami'
Tags:
mazeer