Tarikh Pembayaran BSHR 2018
Berikut dikongsikan maklumat tarikh penting pembayaran bila duit BSHR akan dapat dan masuk akaun. Pembayaran pertama BSHR tahun 2018 adalah melibatkan pembayaran Fasa 2 untuk kedua-dua kategori isi rumah melibatkan sejumlah 4.1 juta penerima dengan peruntukkan sebanyak RM1.6 bilion.Berdasarkan jadual pembayaran BR1M yang dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu, fasa kedua pembayaran akan melibatkan agihan berjumlah RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas. Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300. Fasa ketiga pembayaran BR1M kepada kedua-dua kategori terbabit, yang membabitkan agihan kadar sama adalah pada Ogos ini.
Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018
1. Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,000 dengan jumlah Bantuan RM450- Februari 2018 : RM450 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
- Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Mulai 26/ 2/ 2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM300 : Mulai 6 Jun 2018
- Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
- Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Mulai 26 Februari 2018 secara berperingkat)
- Kedua : RM400 : Mulai 6 Jun 2018
- Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT di:- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM : 1-800-88-2716 (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
- Faksimili MOF : 03-8882 3933
- Sekretariat MOF: Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
SUMBER
Sumber Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018
Tags:
BHanz