Walaupun Dikecam Netizen Sebab Dapat 7G2E, Pendapatan Bulanan Kembar 'Instafamous' Ini Cecah RM12,000 Sebulan! Kalah Gaji Doktor...


Walaupun isu ini berbangkit beberapa hari lalu, masih ramai orang yang membincangkan tentangnya sehingga ke hari ini.

Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 17, baru-baru ini menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah menerusi video 'Instagram Live' selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.

Selain menyalahkan guru, Ieka juga memberitahu bahawa dia telah berhenti belajar di sekolah tersebut dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya.

Selepas video itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netizen.


Menurut pendapat seorang pengguna di Twitter, dengan jumlah fan base yang seramai itu, tidak mustahil Ieka boleh memperolehi pendapatan melebih RM12,000 sebulan daripada hasil paid review.

Nurul Fariza turut memberikan angka dalam pengiraannya pendapatan gadis itu.



Angka tersebut telah mengejutkan ramai pengguna yang lain Rata-rata mereka berasa ‘kagum’ dengan sikap berdikari Ieka yang sanggup mengorbankan pendidikannya semata-mata mahu mencari sumber pendapatan sendiri.



Tidak kurang pula yang mencemburui dengan Ieka kerana sudah berpeluang untuk menjana pendapatannya sendiri meskipun belum tamat persekolahan lagi.


Terdapat segelintir netizen yang menasihati Ieka supaya tidak terlampau leka mencari pendapatan sebaliknya beliau perlu fokus dalam pelajarannya kerana apa yang menjaga kita di masa hadapan bukanlah wang ringgit sebaliknya ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.



Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman beliau berkenalan dengan seorang pelajar sekolah yang sudah pandai mencari pendapatan sendiri seawal usia 12 tahun lagi.



Namun, ada juga yang berasa pelik dengan sikap netizen yang ‘busy body’ dan suka mengambil tahu kisah orang lain.




Sumber Walaupun Dikecam Netizen Sebab Dapat 7G2E, Pendapatan Bulanan Kembar 'Instafamous' Ini Cecah RM12,000 Sebulan! Kalah Gaji Doktor...

Post a Comment

Previous Post Next Post