Baru-baru ini viral di media sosial apabila Instafamous Siti Norsyafiqah Tajudin atau Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah (Iera) mendapat keputusan peperiksaan 7G. Pasangan kembar itu dikritik teruk netizen selepas membuat kenyataan menyalahkan pihak sekolah.
Terbaru, pasangan kembar itu tampil memohon maaf dan mengaku kesilapan mereka. Namun, dia tidak dapat menerima apabila ada individu cuba untuk menjatuhkan mereka berdua dengan menyebarkan keputusan peperiksaan mereka.
Sengaja menjatuhkan kami berdua
Hi dan Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Di kesempatan ini, kami (Ieka dan Iera) ingin menjelaskan dan memohon maaf di atas isu viral mengenai hal kami yang telah menjadi isu perbualan orang ramai sekarang ini. Sepertimana di dalam video live Ieka yang tersebar, kami tidak sesekali bermaksud untuk menjatuhkan maruah sekolah kami dan di kesempatan ini kami ingin memohon maaf di atas keterlanjuran menyebut nama sekolah tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi.
Kes ini sememangnya tidak ada kaitan sama sekali dengan pihak sekolah, cuma masalah ini hanya melibatkan di kalangan kawan kami sahaja yang ingin menjatuhkan kami berdua dan sanggup menyebarkan..
Awak buat hal dengan silap orang
Bismillahirrahmanirahim . Spread the love dan juga kpd netizen-netizen yg melemparkan tohmahan, hinaan dan juga cacian, semoga perkara seperti ini tidak terjadi kpd ahli keluarga kamu semua.
Perkara ni menjadikan iera dan ieka lebih matang dlm membuat sesuatu keputusan. iera dan ieka mengambil energy negative ini sebagai energy positive untuk kami lebih focus dlm bidang yg kami ceburi. Thank you.
Dalam satu post yang lain juga, individu terbabit yang menyebarkan foto keputusan mereka berdua turut memohon maaf. Namun, Iera Tajuddin sepertinya tidak memaafkan individu terbabit. Malah, dia menganggap individu itu buat hal dengan silap orang.
Sumber : Iera Tajudin
Sumber ‘You Messed With The Wrong Person’ – Gadis 7G
Tags:
mazeer