Tapi bila sebut saja isteri kepada penyanyi Indonesia iaitu Irwansyah, confirm terngiang-ngiang lagu suaminya yang meletop.
Walaupun tampil sebagai seorang wanita Muslimah, ia tidak menghalang wanita berusia 28 tahun itu untuk mengenakan fesyen penuh citarasa dan bergaya!
Mempunyai minat luar biasa dalam bidang fesyen, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu merealisasikan impiannya dengan memperkenalkan jenama sendiri dengan menjual pelbagai jenis kelengkapan Muslimah.
Bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi vokalis duo The Sisters itu menyifatkan ia sebagai salah satu cara berdakwah kepada orang ramai terutamanya buat para pelanggan.
Bercerita mengenai penghijraan sewaktu awal dahulu, dirinya mengambil masa perlahan-lahan untuk ikhlaskan hati dengan perubahan yang dilakukan.
“Ternyata setelah melalui perubahan ini rasa lebih tenteram. Ke mana-mana pergi tak perlu bawa telekung.. lebih mudah untuk mengerjakan solat.
“Gaya fesyen juga tak bosan walaupun ketika pergi ke undangan, bercuti atau gaya harian. Cuma perlu pilih fabrik yang sesuai dan mix and match sendiri,”
Sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi lagu Pencinta Wanita itu, namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Tetapi mereka terus positif dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Sumber : Nona
sumber artikel : https://ift.tt/2NeUKWV
Sumber (9 Gambar) Baju pun boleh dijadikan telekung, perubahan isteri Irwansyah penuh inspirasi ini mendapat pujian ramai dari netizen.. Alhamdulillah
Tags:
mazeer