gas ammonia bocor: Kilang memproses ais di Jalan Nagasari, Seksyen 36, dekat sini yang meragut dua nyawa Isnin lalu akibat terhidu gas amonia sekali lagi dilaporkan mengalami kebocoran gas berkenaan kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pengetua Sekolah Menengah Jenis Cina (SMJC) Chung Hwa
memaklumkan mengenai bau yang kuat dari kilang berkenaan disyaki mengalami kebocoran gas.
Katanya, pengetua berkenaan turut memaklumlan beberapa orang muridnya mengalami muntah-muntah akibat terhidu bau itu dan kesemua murid diarahkan pulang ke rumah.
“Kita telah menghantar seorang pegawai dengan 10 anggota termasuk Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) ke lokasi kejadian sejurs mendapat panggilan.
“Hasil pemeriksaan mendapati bacaan di dalam kilang di kawasan mesin adalah 200 part per milion (PPM) manakala bacaan di luar kawasan kilang adalah normal,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Azmel berkata, anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyahcemar kuantiti gas amonia di dalam kawasan kebocoran tersebut.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemilik kilang tersebut membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas amonia ke mesin memproses ais.
Ketika kejadian, tiada pekerja di dalam kilang berikutan ia masih tidak dibenarkan beroperasi.
Pada Isnin lalu, kejadian kebocoran gas amonia di kilang memproses ais berkenaan telah meragut dua nyawa selepas terhidu gas berkenaan pafa bacaan 550 PPM.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi itu, seramai 25 lagi pekerja kilang mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata akibat terhidu gas amonia berkenaan.
Sumber: Kosmo
Sumber gas ammonia bocor : Kilang memproses ais alami kebocoran gas amonia sekali lagi