Adatlah mana-mana orang bercinta tu mesti ada gaduh-gaduh sikit kan. Tapi kalau dah bergaduh sampai naik tangan tu, eloklah lelaki tu dtinggalkan! Jangan sampai korang jadi macam mangsa ni yang kena pukul setengah mati dengan bf dia!
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis cerita pengalamannya dengan teman lelaki bantu sorang perempuan yang katanya tengah menjerit minta tolong dalam sebuah kereta kat tengah highway.
“Saya dan boyfriend dalam perjalanan balik dari Sunway Velocity dan tiba-tiba atas highway ada suara perempuan mintak tolong.
“Boyfriend saya ikut kereta MyVi putih ni jauh tapi tak nak stop sampailah kat traffic light dan benda ni terjadi,” tulis Syiff yang dedahkan insiden tu dalam video yang dikongsikannya.
Lebih menyedihkan, mangsa mengaku yang handphone dia kena rampas dan dia kena pukul dengan bf sampai pengsan, berdarah dan bengkak-bengkak. Susulan tu, mangsa dibawa ke balai polis untuk buat report polis.
Tambah Syiff lagi, kes ni dah melibatkan ugut bunuh dan mungkin ada berkaitan dengan dadah. Perempuan tu kena pukul dari siang tapi malang baru dia tersedar! Scaryyy weh!
Suspek yang dibulat merah
Si suspek jugak katanya dah datang ke Balai Polis Kajang tapi balik-balik dia putar cerita kata gadis tu pun ada pukul dia walaupun semua tahu kudrat perempuan memang tak boleh lawan kudrat lelaki macam dia. Haihh dayusnya buat perempuan macam tu!
Rata-rata netizen yang baca kisah ni gembira Syiff dan teman lelakinya bantu perempuan malang tu. Ramai jugak yang nak lelaki tu cepat-cepat terima hukuman sebab kesian dengan nasib mangsa.
Hati-hatilah girls! Kalau dah nampak ciri-ciri bf tu baran, cepat-cepatlah move on! Kumbang bukan seekor. Banyak lagi lelaki yang baik kat luar sana.
Sumber Kaum Hawa, Kalau Ada Teman Lelaki Jenis ‘Abusive’ Tolong Tinggal Awal-awal Takut Jadi Macam Ni…
Tags:
mazeer