Viral di media sosial gambar-gambar screenshot perbualan dua individu di Messenger yang mendakwa dirinya ditinggalkan teman lelaki hanya kerana lelaki itu telah menemui perempuan lain dari permainan aksi yang popular masa kini.
Menurut rakan kepada perempuan berkenaan, King Arep, perhubungan pasangan itu yang sudah terbina 9 tahun terputus begitu sahaja, biarpun sudah banyak kenangan suka duka yang mereka lalui bersama dalam tempoh tersebut.
"Member aku, sembilan tahun couple. Selepas itu break up, ditinggalkan teman lelaki sebab jumpa awek dalam game Player Unknown Battleground (PUBG). Hati-hati ye kalau ada teman lelaki yang kuat main game tu," katanya.
Walaubagaimanapun katanya, orang ramai tidak wajar membuat penilaian terlalu awal terhadap lelaki terbabit kerana ini hanya cerita dari sebelah pihak sahaja. Malah, King Arep sendiri yakin ada sebab yang lain membuatkan perhubungan rakannya itu terputus di tengah jalan.
"Untuk pengetahuan semua, kedua-dua belah pihak adalah kawan aku. Aku tahu perangai lelaki ini macam mana, perangai perempuan ini macam mana. Aku share perkara ini bukan nak memburukkan mana-mana pihak. Tetapi aku nak beritahu korang yang cinta itu terletak pada hati, bukan pada berapa tahun lamanya korang bercinta.
"Aku baru dengar sebelah pihak, belum dengar cerita sebetulnya. So, korang jangan pula judge men are trash or what. Korang rasa logik ke sebab game je diorang clash? Aku pun 50-50 nak percaya," katanya.
sumber artikel : https://ift.tt/2wgHqe8
Sumber Lebih 9 tahun jadi pasangan kekasih, akhirnya ditinggalkan bakal suami yang curang dengan awek lain dalam permainan video games PUBG
Tags:
mazeer