Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Rahman memberi amaran kepada pengundi di kawasan itu mengenai pemimpin Kristian dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bercakap kepada sekumpulan kecil Melayu di Kampung Jawa malam ini, beliau merujuk kepada video tular yang menunjukkan paderi Kristian meraikan kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Orang Kristian sudah mengambil alih, take over kuasa Putrajaya dan negeri-negeri yang saya sebut tadi. Betul memang betul.
"Sekarang ini menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.
"Teresa Kok - Khalid Samad marah apabila saya kata Teresa Kok ini satu-satu perempuan yang ada 'kok'," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
Tajuddin mendakwa ahli politik DAP berkenaan menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan ajaran Kristian.
"Nama-nama yang saya sebut ini mereka ini pengembang agama Kristian. Mereka ini pengembang agama Kristian.
"Kita kena waspada. Dalam dia berpolitik, dia menggunakan platform politik untuk mengembang, menyebar agama Kristian," katanya.
Lim merupakan menteri kewangan manakala Loke dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kabinet perdana menteri, Tun Dr Maahthir Mohamad.
Pua pula merupakan pegawai khas di kementerian kewangan, manakala Yeoh merupakan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.
Manakala Kok mengetuai kementerian industri utama.
Sumber 'Orang Kristian sebenarnya sudah ambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya'
Tags:
mazeer