Sungguhpun wanita ini bukan selebriti, namun nama Farah Lee di media sosial begitu dikenali. Farah banyak berkongsi pengalaman membesarkan anak perempuannya, Maream Esabel. Terkini, Farah mencatatkan pula tentang perihal anak-anak sekarang yang semakin kurang adab.
Apa yang membuatkan Farah terdetik mahu membuat kenyataan sedemikian? Sebenarnya, banyak benar apa yang diperkatakan Farah ini. Semua berpunca daripaa pendedahan keterlaluan gajet kepada anak-anak bawah usia 6 tahun.
Lihat Rajah Ini
Rajah di atas menunjukkan perbezaan antara otak yang normal dan otak yang mengalami rangsangan gajet yang berlebihan tetapi rangsangan stimulasi sensori yang berkurang.
Buat pengetahuan semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak dewasa.
Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori seperti yang dilihat dalam rajah (ruang-ruang kosong), maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.
Apa Kaitan Gajet Dengan Anak Kurang Adab – Farah Lee
Moga dapat kita pulangkan anak-anak kita dalam bentuk terbaik seperti yang diberi pinjamkan Tuhan.
Menjadi ibu bapa pada zaman gajet, banyak kali saya perasan anak-anak sekarang kurang adab. Apa kaitan?
Sebab bila kurang interaction dua hala (sel-sel otak tak dapat berhubung dan akan mati begitu sahaja), mereka tak dapat develop their soft skills. Jadi kurang common sense, kurang sensitiviti, kurang communication skills.
Awal-awal mungkin kita tak perasan, kata itu personaliti atau alah budak lagi. Tapi kalau kita terus lepas tangan, kita takkan mampu patah masa ke belakang.
6 Tahun Pertama Yang Genting
Kata Farah lagi, “First 6 years sangat crucial untuk sel-sel otak berkembang dan bentuk otak yang sangat optimistik. 90% perkembangan otak berlaku pada usia 1-6 tahun.”
“Bermain, akan membina jambatan untuk sel-sel otak tersebut berhubung dan membina perkaitan antara satu sama lain thus mereka akan cepat matang dan rational, baki 10% perkembangan otak juga akan jadi sangat mudah.”
Please limit our kids screen time and LET THEM PLAY.
Cara Alami Mak Rangsang 5 Deria Anak
Jadi mak ayah, bolehkan kita lepaskan gajet dari tangan anak-anak kita. Dan paling penting, mak ayah pun kenalah limitkan juga handphone di tangan masing-masing.
Jomlah, kita kembali rangsang 5 deria anak-anak kita;
√ Sentuh anak dengan kasih sayang,
√ Lihat anak membesar dengan pandangan cinta,
√ Dengar apa yang anak mahu ceritakan,
√ Jangan lepas momen mencium dan menghidu enaknya bau anak (sebab besar nanti dia mungkin malu untuk diperlakukan seperti bayi),
√ Masakkanlah makanan enak dan penuh cinta untuk anak-anak. Biar mereka rasa sedapnya air tangan ibu.
√ Last sekali, gunakan naluri mu wahai ibu untuk kau ketahui apakah emosi yang bermain-main di dalam hati anak-anak. Mereka mungkin tak mahu berkongsi, namun naluri ibu tak pernah salah tafsir apa yang anak sedang lalui.
Moga usaha ini mak ayah akan mengembalikan fitrah anak-anak kita di landasan yang betul, melahirkan mereka jadi insan berbudi pekerti luhur.
Sumber/Foto : Farah Lee
Sumber ‘Saya Perasan Anak-anak Zaman Sekarang Sangat Kurang Adab..’ – Farah Lee
Tags:
mazeer