1. IA MUDAH DIDAPATI
Pertama sekali, janganlah risau nak cari singo pear ini sebab ia boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama macam Aeon, Giant, Tesco, Jaya Grocer, dan sebagainya.
Harganya pula berpatutan memandangkan khasiatnya juga banyak, iaitu sekitar RM4-RM5 sebiji. Bergantung juga kalau ada promosi dapatlah harga yang murah sikit.
2. ELOK UNTUK BATUK BERKAHAK
Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh.
Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.
Menurut sumber, para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan.
Memandangkan anak bawah 2 tahun tak sesuai memakan ubat batuk (kecuali yang disarankan atas sebab tertentu), jadi bolehlah kita cuba singo pear ini.
3. MEMBANTU ATASI SEMBELIT
Oleh kerana kandungan seratnya tinggi, ramai mak-mak dah cuba memberi Singo Pear untuk melancarkan pembuangan najis bayi. Memang ideal diberikan kalau bayi sering sembelit dan dah tak membuang sampai 2-3 hari!
4. MENURUNKAN DEMAM
Buah ini juga boleh membantu menurunkan demam kerana ia bersifat sejuk. Selain itu, ia juga dipercayai dapat meringankan gejala penyakit seperti sakit kepala.
5. RISIKO ALERGI YANG SANGAT MINIMA
Jika dibandingkan dengan jenis buah lainnya, Singo Pear ini memiliki risiko alergi yang jauh lebih sedikit berbanding buah-buahan lain.
Jadi ibu tak perlu risau sebab ia tergolong dalam salah satu jenis buah yang selamat untuk diberikan pada bayi.
CONTOH CARA PENYEDIAAN
Singo Pear sesuai dihidangkan secara segar kepada bayi ataupun dibuat puri. Boleh juga dimasukkan ke dalam sup atau dihidangkan secara stim mahupun slow cook.
Di bawah disediakan contoh resepi sup singo pear yang boleh anda buat di rumah, terutamanya untuk bayi yang sedang demam, selsema atau batuk.
Resepi Sup Ayam Dengan Singo Pear
Bahan-bahan
Separuh / sebiji Singo Pear
Sebiji bawang merah dipotong 2
Bawang Putih 3-4 ulas (boleh lebihkan)
Isi ayam / kaki ayam
Rempah kayu manis, bunga lawang, cengkih / pelaga
Cara-cara
Tumis unsalted butter, bawang besar, bawang putih bersama rempah yang ada.
Bila dah naik bau, boleh masukkan ayam, sedikit air, sayuran pilihan dan singo pear. Masakkan hingga singo pear menjadi lembut. Siap.
Boleh dikisar bersama bubur nasi, pasta atau dilenyek kasar mengikut tekstur yang sesuai dengan umur bayi.
*Ibu boleh pelbagaikan dengan bahan dan cara hidangan lain mengikut kreativiti dan selera anak-anak.
Sumber artikel : https://ift.tt/2pkJiyD
Sumber Barulah Tahu! Inilah 5 Sebab Kenapa Kita Mesti Ada Simpanan Stok Singo Pear Khas Untuk Bayi. Banyak Khasiat Yang Kita Tidak Tahu Rupanya...
Tags:
mazeer