Bila Dah Tak Sedar Diri, Suami Atau Isteri Orang Mudahnya Terjebak Virus Curang, Pernah Alami?



Menakutkan dunia sekarang. Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun isteri orang semacam sudah hilang. Bebasnya bergurau senda tanpa sedar diri siapa diri anda yang sebenarnya.

Benar, hubungan rakan sepejabat saja. Takkan berubah menjadi cinta. TAPIII.. jangan sesekali dimulakan. Sebab sekali terlajak meluah isi hati, amat payah untuk ditarik balik.

Angaunya bila berCINTA (kononnya) dengan rakan sepejabat, atau rakan apa-apalah.. akan membawa luka yang tersangat parah dalam rumah tangga anda kelak.

Mesej ini ditujukan buat suami mahupun isteri orang. Sebab zaman sekarang sama saja galaknya. Macam saling berdendam pula, bila suami boleh curang mengapa tidak isteri. Eh! Eh! Kau ni dah ikut mazhab mana.

Baiklah sebelum kesan kecurangan makin melarat. Sebelum VIRUS cemburu, keluh kesah dan was-was merosakkan rumah tangga. Latih diri.. batasi diri dari melakukan 4 hal ini.




Wahai Suami, Isteri Orang, Jangan Cari Pasal Dengan 4 Hal Ini

1. Jangan Cari Pasal Ya.. Tak Perlu ‘TEST MARKET’

Cukup-cukuplah menguji kesetiaan isteri. Tak perlu juga nak ‘test market’ dekat dara-dara, teruna, janda malah bapak-bapak orang. Sebabnya, isteri atau suami bila dah ikhlas cintai kita, mereka adalah pencinta yang setia.

2. Telefon Bukan Dicipta Untuk Melukakan Hati Isteri

Sayangnya ramai dah salah guna. Telefon canggih itu lebih indah rupanya berbanding isteri sendiri. Lihat! Berapa ramai isteri-isteri makan hati dengan telefon suami.



Sekat telefon bimbit anda ketika berada di kamar tidur (ketika bersama isteri, suami), di meja makan, ketika bersantai atau jalan-jalan dengan famili.

Pleaselah.. set dekat minda yang tak dapat hadap telefon setengah jam itu tak rugi mana pun.

3. Ke Mana Pun Pergi.. Kena Sedar Diri

Tahu status diri, siapa kita sebenarnya. Suami orang atau isteri orang. Dua-dua kena kawal emosi agar tak terlalu bergurau mesra sampai membawa mimpi-mimpi indah ke orang lain.

Bukan tak boleh bergurau dengan kawan. Isk! Melampau sangat sekatan itu. Cuma, berguraulah dengan cara yang sepatutnya. Kena letak batasan. Jangan terover.. membawa kepada whatsapp personal yang krik! krik! sangat.



4. Jangan Mulakan Perbualan ‘Nak Tolong Selesaikan Masalah Kawan’

Oh.. ini sangat bahaya untuk suami atau isteri orang. Mula-mula memang anda mendengar kisah-kisah rumah tangganya yang berantakan. Suami tak beri kasih sayang, mentua tak sayang, anak-anak berjauh hati.


Nah! Lama-lama.. PERCAYALAH! dari niat nak tolong dengar dan bantu nak selesaikan masalah itulah yang akhirnya menjerat diri. Sudahnya, isteri orang kau tolong.. isteri di rumah kau abaikan. APOO??



Doa Itu Senjata Terbaik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

Berdoa boleh saja di mana-mana. Tak perlu tunggu ketika waktu solat. Sambil menyapu boleh berdoa, ketika memasak boleh memohon padaNya.

Kalau suami isteri ‘car pool’ ketika pulang dari kerja, bolehlah isteri bacakan doa-doa pengerat kasih sayang. Biar suami di sebelah tenang mendengar. Itu lebih baik daripada bergosip pasal jiran atau kawan-kawan sepejabat yang kita tak sebulu.


Sumber artikel : https://ift.tt/2QqIGUf


Sumber Bila Dah Tak Sedar Diri, Suami Atau Isteri Orang Mudahnya Terjebak Virus Curang, Pernah Alami?

Post a Comment

Previous Post Next Post